Thursday, July 23, 2009

Genting Highlands


1st time aku ke Tanah Tinggi Genting..BEST..,
mmg dah plan awal, isteri yang susah payah..
booking bilik, cari info, cari org yg nak ikut..
Thanx a lot Ayang..

Niat kami mmg utk bagi Putera kami berseronok,
dia mmg minat sgt kt mesin2 berenjin ni..
Tapi (keretapi), Car (kereta), BangBang (kapal terbang)..etc..
so,mmg sesuai sgt kami bawak ke Genting..
dgn harapan dia akan puas naik seme kenderaan2 tu..

mmg jangkaan kami tepat..
sampai2 je..belum sempat chcek in,dah nangis2..xcited nak naik Tapi
semua dia nak naik..berulang kali...klu buleh..
terpksa kami layankan..walaupn hajat kami utk luangkan masa juga
keseronokan kami..heheh..Anything for you, Danish..

Overall, mmg enjoy gler kami kt sana..
Roller coaster yg pelbagai jenis..solero..etc..
mmg pengalaman yg menarik utk kami...
mmg lupa semua stress yg ada..

Dgn berjayanya percutian kami ni,..
mmg kami menyimpan harapan utk luangkan masa sekurang2nya..
setahun 2-3 kali ke..utk bercuti ke mana2 utk berseronok bersama Putera kami..
maybe..pasni, Cameron Highlands, Sunway,..pulau2 ke..
kami cuba susun jadual kami..demi kebahagian keluarga..Amin..

See ya Genting..

Thursday, June 11, 2009

29 tahun 5 bulan 25 hari

0-12 tahun aku dibesarkan oleh keluarga dikampung,
dengan kasih sayang oleh Ayah,Tok Wan dan kakak-kakak...
Emak turut memberikan yang terbagi,
tanpa sogokan barang-barang yang mahal..
tanpa pujukan jika merajuk..memendam rasa,
memupuk jati diri yang kuat...aku bangga,
bangga dengan asuhan keluarga,
yang tidak memanjakan diri ini..
walaupun sifat sensitif mempengaruhi.
13-17 tahun aku mula mengorak langkah,
di tempat baru..dengan alam yang baru,
diajar supaya berdikari..dan tabah menghadapi dugaan..
selari dengan perubahan usia..
Di asrama aku berdiri..jatuh dan bangun sendiri..
tanpa penyesalan,
tanpa menyalahkan..
aku banggga,
bangga dengan keluarga yang memberikan didikan yang baik..
untuk aku berpegang teguh dengan kebaikan.
18-23 tahun aku di universiti,
dengan kehidupan yang sama di asrama,
namun jauh berbeza..
halatuju ditentukan ketika ini..samada aku hanyut,
atau terus meniti jalan yang lurus..
ALHAMDULILLAH..aku berjaya,
berjaya sampai di tempat yg sepatutnya..walaupun kadang2 sesat di jalan,
dan aku mampu menggembirakan keluarga..
aku bangga,
bangga dengan pesanan keluarga yang menginginkan aku hidup sebagai manusia.
23-kini tahun..
aku sudah mempuyai keluarga sendiri..
isteri dan anak tercinta..
adakah aku telah dan akan membuatkan mereka bangga dengan aku..
sepertimana aku bangga dengan keluarga aku..
aku memohon kepadaNya,
sekurang2nya mereka menghargai setiap apa yg aku lakukan..
demi kebahagiaan mereka,
kerna...
aku bangga dengan mereka..

Monday, June 8, 2009

Fotografi

Kadang-kadang aku guna kamera ofis (Nikon Coolpix)..
Kadang aku guna kamera hs (Sony Ericsson-530i)..aku punyer
Dckey punyer pun aku guna(Sony Ericsson-Cybershot 77oi)

aku mana ada kamera canggih2..
aku pun tak terniat pun nk beli,
bkn pandai pun tangkap foto..

tp,aku puas hati bila aku tangkap foto,
dgn cara aku sendiri..tanpa pengetahuan,

seronok mengabadikan memori,
klu simpan..tgklah lagi 10 tahun..
pasti kita tersenyum mengenangkan kenangan di dalam foto..
walau tanpa teknik..yg penting isi di dalam foto,

pasti peristiwa menggamit kenangan..


Wednesday, June 3, 2009

Tok Wan

Danish masih ada moyang..
sebelah aku,

Tok Wan dah berumur 80 an..
Alhamdulillah...

Danish cukup gembira bila dapat bermesra dgn Tok Wan
Aku pun cukup gembira...
Byk kenangan aku membesar dengan kasih sayang Tok Wan,
Orangnya cukup tegas dan sgt teliti..
Dapat berjumpa Tok Wan masa balik Trg.. 1 Mei aritu,
meninggalkan kenangan terindah...
walaupun sekejap..

Berulang kali Tok Wan ckp,
"Dang ke dok jupe belaka ni pahni"
(Sempat jumpa ke tak semuanya pasni)

Aku doakan Tok Wan panjang umur..
Aku sayang Tok Wan..

Teristimewa..

Dua insan teristimewa...
yg aku sentiasa rindu..yg aku syg sgt,
Kadang-kadang aku lupa untuk tunjukkan kasih sayang kpd mereka,
tapi tak bermakna aku leka..
Aku menyimpan impian untuk memberikan mereka kebahagiaan sepanjang masa..
aku harap mereka bahagia mempunyai 'ketua' mcm aku..
"Ya Allah,kurniakanlah kebahagiaan dalam keluargaku..
Murahkan rezeki kami,
Permudahkan kerja kami,
Kuatkan semangat kami,
Selamatkanlah kami dunia dan akhirat
Ya Allah, Ya Tuhanku,
Panjangkan usia kami,
Hanya Kau yang mampu menentukan segalanya,
Amin, Ya Rabbal Alamin..."
Ayang, Danish...Ayah Sayang Kamu Berdua
Terima kasih atas kebahagiaan ini..
LOVE U...